05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Mahabbah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ke JAWI
alt
 
8 Oktober 2012 (Isnin) – Seramai 18 pegawai daripada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengadakan lawatan mahabbah ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Delegasi berkenaan yang diketuai oleh YBhg. Tuan Salehuddin Bin Abdul Manaf, Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan JAIP tiba di perkarangan Kompleks Pusat Islam pada jam 9.30 pagi.

Tujuan lawatan tersebut diadakan ialah bagi mendapatkan pendedahan dan juga penyelarasan dalam kerja-kerja yang berkaitan bidang pendakwaan JAWI di samping dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, sesi taklimat mengenai Bahagian Pendakwaan JAWI telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Ibrahim Bin Deris (Ketua Pendakwa Syarie), Bahagian Pendakwaan JAWI.

Hadir sama mewakili pihak JAWI ialah Tuan Salehan Bin Haji Yatim (Pendakwa Syarie Kanan, Bahagian Pendakwaan JAWI), Ustaz Zaidi Bin Ramli, (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan JAWI), Tuan Che Saupi Bin Che Husin (Pendakwa Syarie Kanan, Bahagian Pendakwaa JAWI), Tuan Mohd Azizudin Bin Abdullah Halim (Pendakwa Syarie) dan Ustaz Mazlan Bin Osman, (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI).

Delegasi tersebut turut berpeluang membuat kunjungan ke pejabat operasi Bahagian Pendakwaan JAWI di sini sebelum menikmati jamuan makan tengah hari.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria