05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Perhimpunan Pagi Dan Majlis Persaraan JAWI
alt
 
28 September 2012 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Perhimpunan Pagi dan Majlis Persaraan JAWI bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam JAWI, pagi tadi.

Perhimpunan tersebut turut dimuatkan dengan sesi ceramah inovasi bertajuk "Pembudayaan Integriti Dalam
Perkhidmatan Awam" yang disampaikan oleh YBhg. Dr. A. Bakar Bin Sarpon, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia.

Majlis berkenaan kemudiannya diteruskan dengan ucapan serta amanat ringkas oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

YBhg. Datuk Pengarah JAWI juga turut berkesempatan beramah mesra dan menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata kepada pegawai-pegawai JAWI yang telah dan bakal bersara pada tahun ini.

Antara pesara atau bakal pesara JAWI tahun 2012 ialah Encik Abdul Rahman Bin Hashim (Pembantu Am Pejabat, Bahagian Pentadbiran),Puan Darmawati Binti Mooneir (Pembantu Tadbir, Bahagian Kewangan), Encik Mohamad Wakil Bin Zainal Abidin (Pembantu Hal Ehwal Islam, Bahagian Kariah), Encik Ab. Wahab Bin Ahmad (Pemandu Kenderaan, Bahagian Pendakwaan), YM. Datin Raja Darul Ehsan Binti Raja Ariffin (Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga), Puan Samsidah Binti Samsudin (PPPLD, Bahagian Pelajaran), Puan Asmah Binti Dekam (PPPLD, Bahagian Pelajaran), Puan Aishah Binti Yaakob (PT P/O, Bahagian Penguatkuasaan) dan Puan Hajah Jamilah Binti Haji Khamis (PT P/O, Bahagian Sumber Manusia).

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria