05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Bersama Orang Kurang Upaya 2012
alt
 
16 September 2012 (Ahad) – “Tiada siapa pun ingin dilahirkan ke dunia dengan kekurangan berbanding individu normal lain, tetapi hakikat yang harus diingat bahawa Allah mempunyai perancangan-Nya yang tersimpan seribu rahsia sebagai ujian hidup bagi manusia di dunia, untuk dinilai dan menerima ganjaran di akhirat sana. Inilah yang diajarkan oleh Islam yang meletakkan taraf manusia di sisi Allah yang hanya dibezakan kepada taqwa, bukannya kepada fizikal, bangsa, kecantikan mahupun kekayaan”. Itu adalah petikan teks ucapan perasmian oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ketika merasmikan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Bersama Orang Kurang Upaya (OKU) 2012 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
 
Program tahunan yang telah memasuki tahun ke-5 ini telah dihadiri lebih 1300 tetamu dan berjaya menggabungkan OKU Cacat Penglihatan dan Pendengaran manakala OKU Kerdil dan Anak-anak Kritikal Terlantar merupakan keluarga baru yang terlibat pada tahun ini. Program yang disokong jitu oleh jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta yang prihatin, telah didukung padu oleh NGO-NGO di sekitar Wilayah Persekutuan terdiri daripada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD), Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Ibubapa dan Penjaga Anak-Anak Pekak Kuala Lumpur (PESIBA), Pusat Pertuturan KIU, Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) dan Persatuan Sokongan Ibu dan Anak ’Azwar’ (PSIAKU AZWAR).
 
Majlis yang berlangsung kira-kira 2 jam itu, telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Kareem oleh dua pelajar Darul Quran JAKIM yang cacat penglihatan. Ini diikuti dengan ucapan aluan oleh Encik Ruslan Bin Abdullah, Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) sejurus sebelum ucapan perasmian oleh Ybhg. Datuk Pengarah JAWI. Kemuncak majlis adalah pemberian Sumbangan Khas Aidilfitri kepada 21 keluarga OKU miskin yang terpilih dan disusuli dengan pemberian Duit Raya kepada 470 kanak-kanak dari pelbagai NGO. Di samping pelbagai menu hari raya dihidangkan, majlis yang turut mendapat kerjasama sukarelawan Institut Profesional Baitulmal ini juga telah diselang-selikan dengan persembahan menarik daripada anak-anak KIU dan PESIBA dan juga cabutan bertuah kepada semua tetamu yang hadir.
 
Program Dakwah Bil-Hal ini diharapkan dapat menjadi platform terbaik sebagai medan penyatuan umah dalam merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin, agar menjadi lebih mesra dan erat di antara OKU dan agensi agama, serta masyarakat awam keseluruhannya dan tidak menjadi hubungan bermusim semata-mata, tetapi dipupuk sepanjang masa dan berkekalan tanpa penghujungnya.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Bahagian Dakwah,
JAWI Cawangan Kuala Lumpur