Majlis Pelancaran Program Salam Ramadhan Peringkat Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 1433H
Program yang bermula pada jam 12.00 tengah hari itu dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta NGO termasuk OCBC Bank dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai penaja rasmi. Program tahunan berkenaan diadakan bagi menyemarakkan lagi program pengimarahan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, program tersebut juga diadakan bagi memupuk semangat setiakawan dan kerjasama padu di kalangan jemaah masjid serta sukarelawan agar lebih beriltizam menjalankan kerja dakwah kepada semua lapisan masyarakat. Terdahulu, majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP. Hadir sama ialah YM Tuan Syed Abdul Aziz Bin Syed Kechik Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin, YBhg. Tuan Haji Abdul Murat Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan, JAWI, YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI, YBhg. Tuan Haji Khairani Bin Mohamad, Pengarah Kumpulan REL Syarikat Prasarana Negara Berhad dan YBhg. Tuan Haji Basori Bin Haji Umar Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah JAWI. Foto oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria Teks oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan |
Jumlah paparan: 5996