05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Keluarga Bahagia 2012 ‘Di Saat Aku Terima Nikahnya’
alt
 
12 Jun 2012 (Selasa) – Hampir 1,500 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai kementerian/agensi di Wilayah Persekutuan telah mengikuti Seminar Keluarga Bahagia 2012 anjuran Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, pagi tadi.

Seminar bertemakan ‘Di Saat Aku Terima Nikahnya’ itu diadakan bagi menjayakan matlamat Program Rumahku Syurgaku ke arah mewujudkan keluarga bahagia ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan bersatu padu selaras dengan ajaran Islam.

Seminar ini juga turut memberikan kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan di dalam mengharungi arus globalisasi bagi membentuk keluarga Islam yang cemerlang di samping memberikan penjelasan mengenai peranan pasangan suami isteri bagi mengukuhkan hubungan dalam perkahwinan.

Seminar yang memuatkan tiga slot ini dikendalikan sepenuhnya oleh pakar motivasi tanah air iaitu YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadhilah Kamsah. Antara slot tersebut ialah ‘Kenali Suami Kenali Isteri’, ‘Mehnah Rumahtangga’ dan ‘Resepi Mengekalkan Kebahagiaan Rumahtangga’.

Perasmian penutup seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi)JAWI. Hadir sama ialah Ustazah Hajah Kamariah Binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah BPPK, Ustazah Hajah Azizah Binti Che Hassan, KPPK Bahagian Pengurusan Dakwah, Ustazah Hajah Zaiton Binti Abd Rahman, KPPK Bahagian Pelajaran, Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Saad, KPPK Cawangan Putrajaya dan Tuan Ibrahim Bin Deris, Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan.

alt alt
alt alt

 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria