05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pengurusan Fail Peringkat Zon 1
alt
 
30 Mei 2012 (Rabu) – Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 1, Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini telah berjaya melaksanakan Bengkel Pengurusan Fail Peringkat  Zon 1.
 
Antara objektif bengkel ini diadakan ialah memberi pendedahan yang lebih spesifik kepada Pegawai Hal Ehwal Islam S41 (Ketua Imam), Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 dan Pembantu Hal Ehwal Islam S17 (Bilal) mengenai sistem pengurusan fail di setiap masjid.
 
Bengkel ini telah diadakan bertempat di Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara Kuala Lumpur. Seramai 25 orang peserta telah berjaya mengikuti bengkel ini.
 
Pegawai Penyelaras Pentadbiran Zon 1, Ustaz Osman Bin Abu Bakar dalam ucapannya menyatakan hasrat beliau untuk melihat pentadbiran masjid-masjid di bawah naungan Pusat Zon 1 dapat mengendalikan fail secara profesional dan tersusun bagi memartabatkan profesion agama di setiap institusi masjid.
 
Selain itu, beliau juga berharap dengan adanya bengkel pengurusan fail ini pentadbiran dan pengurusan fail samada di Pejabat Zon atau di masjid akan menjadi lebih tersusun dan sistematik. Sudah tiba masanya kakitangan masjid mewujudkan sistem pengurusan fail terbaik bagi menjana pengurusan kerja yang lebih efisyen.

 
Foto dan teks oleh:
Pusat Zon 1,
Bahagian Pengurusan Kariah