05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Kemahiran Seni Pendakwaan (Mock Trial)
alt
 
14 Mei 2012 (Isnin) – Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan satu program Kursus Kemahiran Seni Pendakwaan selama empat hari sehingga 17 Mei 2012 bertempat di Institut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Kursus ini telah dihadiri seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bahagian Pendakwaan dan Bahagian Penguatkuasaan JAWI serta dua orang peserta jemputan dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
 
Program tersebut telah dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam hal-hal berkaitan dengan Undang-Undang Jenayah Syariah yang terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang iaitu YAA. Dato’ Haji Yusof Bin Musa, Pegawai Penyelidik Hakim Mahkamah Rayuan JKSM iaitu Tuan Zulkifli Bin Yasoa dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan iaitu Tuan Ibrahim Bin Deris yang telah bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta sepanjang kursus tersebut.
 
Objektif program kursus ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada para peserta mengenai Undang-Undang Jenayah Syariah dan Tatacara Jenayah yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah memberi kemahiran kepada para peserta untuk menjalankan perbicaraan kes Jenayah di Mahkamah Syariah selain para peserta dapat bertukar-tukar pendapat serta berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai bidang tugas masing-masing.
 
Program kursus yang dianjurkan ini telah berjaya mencapai objektif yang cemerlang kerana persoalan-persoalan yang timbul semasa program kursus tersebut berlangsung telah dapat diselesaikan yang banyak memberi manfaat kepada peserta-peserta kursus.

alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pendakwaan, JAWI
Cawangan Kuala Lumpur