05:49
Imsak
05:59
Subuh
13:16
Zohor
16:27
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kunjungan Muhibah Daripada Majelis Permusyawaratan Ulama Kabupaten Aceh Besar Ke JAWI
 
alt
 
16 Mei 2012 (Rabu) – Buat julung kalinya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima lawatan daripada delegasi Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Kabupaten Aceh Besar pagi tadi.

Delegasi tersebut yang diketuai oleh Tgk. H. Fakhruddin Lahmuddin, M. Pd. turut disertai oleh 38 orang ahli MPU.

Lawatan berkenaan diadakan bagi mendapatkan maklumat mengenai peranan JAWI di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak melalui sesi perbincangan serta soal jawab.

Terdahulu, majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan taklimat JAWI disampaikan oleh Tuan Asmawi Bin Tuan Umar, Pegawai Perhubungan Awam JAWI.

Hadir sama menyambut delegasi tersebut ialah ketua-ketua bahagian JAWI serta pegawai-pegawai kanan JAWI.

Selain itu, delegasi tersebut juga turut dibawa melawat ke Pusat Penyiaran Islam TV Al-Hijrah.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria