05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita


27 Mei 2011 (Jumaat) – Peserta Imam Muda dan Krew Astro Oasis telah hadir membuat lawatan sekaligus membuat pengambaran ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI bertempat di Dewan Syura Perdana, Menara Pusat Islam.

Seramai 10 peserta Imam Muda Musim Kedua telah hadir dalam sesi suai kenal dan sesi soal jawab bersama Datuk Pengarah JAWI antaranya Imam Muda Ali, Imam Muda Hassan, Imam Muda Nazrul, Imam Muda Najdi, Imam Muda Ammar, Imam Muda Azlan, Imam Muda Fattah, Imam Muda Mujahid, Imam Muda Fakhrul dan Imam Muda Fadli.

Turut hadir, Puan Lizah Binti Ismail, Penolong Pengarah (Kanan) Unit Perhubungan Awam, Encik Mohd Kassim Bin Maarof, Penolong Pegawai Penerangan dan Ustaz Zulkefli Bin Hamat.
 
    
 
    
 
    
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria