05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita


24 Mei 2011 (Selasa) – Pentadbiran Zon3 Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Forum ‘Ibu Ratu Hatiku’ dengan kerjasama Cawangan Hadhari Dan Kefahaman Islam Bahagian Dakwah (JAWI) bertempat di Dewan Seri Perkasa, Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri.

Forum bersempena sambutan Hari Ibu 2011 ini dimulakan dengan bacaan al-Quran dan doa oleh YBhg. Ustaz Hassan Al-Fadhli Bin Abdul Rahman Ketua Imam Masjid Bukit Aman dan ucapan aluan oleh YBhg. Tuan Haji Hashim Bin Haji Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah (JAWI), seterusnya telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI.

Terdapat tiga panel yang diundang khas sempena forum ‘Ibu Ratu Hatiku’ iaitu Panel Satu, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Binti Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Panel Kedua, YBhg. Ustaz Badli Shah Bin Alauddin, Penolong Pengarah Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang dan Moderator, YBhg. Ustaz Mohd Fauzi Bin Mustaffa, Pendakwah Bebas.

Turut hadir, YBhg. Datin Hajjah Rakiah Mariana Binti Latiff, Isteri Pengarah JAWI dan Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah.

    
 
    
 
    
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria