05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita


22 Mei 2011 (Ahad)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pameran sempena Sambutan Minggu Perpaduan 1Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011 (Program Gerakan Tumpuan) anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar serta disokong Kawasan Rukun Tetangga Parlimen Bandar Tun Razak yang berlangsung di KRT PPR Desa Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur.

Sambutan ini dirasmikan oleh YB. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya Gotong Royong Kenduri Rakyat, Senampadu 1Malaysia, Persembahan Pentas (Helmi The Gimmick, Silap Mata, Badut dan Persembahan Kebudayaan), Kuiz 1Malaysia, Sukaneka, Soccer Kids Tunas Jiran, Dodgeball, Tanggathon (Unity Race), Pertandingan Melukis dan Mewarna Tunas Jiran, Pertandingan Gubahan, Cabutan Bertuah dan Pameran Agensi-agensi Kerajaan, NGO dan Rukun Tetangga.

Turut hadir, YBhg. Dato Azman Amin Bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional dan YBhg. Encik Abdul Karim Bin Haji Abu Seman, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.
 
    
 
    
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria