SEMINAR KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN SIRI 2 TAHUN 2022

Seminar Keibubapaan 9

30 Oktober 2022 | 4 Rabiulakhir 1444H (Ahad) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Surau Jumaat Al-Hikmah, PPR Beringin telah mengadakan Seminar Kemahiran Keibubapaan Siri 2 tahun 2022 bertempat di Surau Jumaat Al-Hikmah, PPR Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Objektif seminar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran keibubapaan dalam memantapkan institusi kekeluargaan ke arah kesejahteraan dan kegemilangan serta melatih ibu bapa membina kemahiran dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah anak-anak melalui kaedah yang sesuai.

Ceramah bertajuk “Inspirasi Ibu Bapa Merealisasikan Kemenjadian Anak” telah disampaikan oleh YBrs. Puan Normaliza binti Mahadi, Kaunselor Perkahwinan dan Keluarga manakala YBrs. Tuan Mohd Saifullah bin Hamzah, Peguam Syarie Wilayah Persekutuan menyampaikan ceramah bertajuk “Nafkah Anak Menurut Perundangan Islam, Nasab dan Anak Tidak Sah Taraf”.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat dan impak positif kepada para peserta dalam menghadapi cabaran mendidik anak di masa kini dan dapat mempraktikkan ilmu-ilmu yang diberi demi memupuk kesejahteraan dan keharmonian sebuah institusi kekeluargaan.

Seramai 50 peserta dalam kalangan orang awam telah menyertai dan menjayakan seminar tersebut.

Seminar Keibubapaan 2 S Seminar Keibubapaan 3 S
Seminar Keibubapaan 5 Seminar Keibubapaan 4
Seminar Keibubapaan 8 2
Seminar Keibubapaan 6 S Seminar Keibubapaan 7 S
Seminar Keibubapaan 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan