PROGRAM ZIARAH DAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI

Berita Royal Belum 01

1 Oktober 2022 | 4 Rabiulawal 1444H (Sabtu) – Unit Dakwah dan Unit Kebajikan Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Ziarah Dakwah Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Tiang, Royal Belum, Perak.

YBhg. Timbalan Pengarah Operasi JAWI Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim telah sudi meluangkan masa bagi menyampaikan ucapan perasmian seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan Baiturrizq kepada masyarakat orang asli di sini. Sebanyak 190 pek barangan asasi Baiturrizq telah disumbangkan kepada 190 keluarga di Kampung Sungai Tiang dan Kampung Klewang. Sebahagian besar mereka adalah beragama Islam.

Program ziarah dakwah bil-hal ini dihadiri oleh 30 orang kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama penggerak orang asli dari Pejabat Agama Daerah Gerik bagi menjayakan misi ini. Semoga dengan usaha ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Berita Royal Belum02 Berita Royal Belum03
Berita Royal Belum04 Berita Royal Belum06

 

Disediakan oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan