MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1444H/2022M

WhatsApp Image 2022 08 05 at 1.52.04 PM

2 Ogos 2022M l 4 Muharam 1444H (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1444H bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tetamu kehormat yang turut hadir ialah YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Majlis turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Wilayah Persekutuan. Majlis dimulakan dengan program Bual Bicara Khas Ma’al Hijrah yang mengupas “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang menampilkan Sahibus Samahah Mufti Datuk Dr Luqman Hj. Abdullah, YBrs. Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail selaku panel manakala Saudara Mohd Hariri Mohamad Daud sebagai moderator.

Sekalung tahniah kepada Tokoh Maal Hijrah 1444H Wilayah Persekutuan yang telah dianugerahkan kepada Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, serta empat (4) penerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah yang lain. Mereka terdiri daripada Dato’ Profesor Dr. Mohd Yakub@ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff bagi Anugerah Khas Ilmuwan, Tan Sri Dato’ Azman Hashim bagi Anugerah Khas Korporat yang juga merupakan Pengerusi AmBank Group, Tuan Shah Kirit Kalkulal Govindji atau lebih dikenali Bro Shah Kirit penerima Anugerah Khas Pendakwah Mualaf yang juga Presiden Global Unity Network serta Anugerah Khas Imam iaitu Tuan Haji Mingu bin Matnoh, merupakan Imam di Masjid Kg. Sungai Bedaun Labuan.Pada majlis ini, Tokoh Utama Ma’al Hijrah 1444H menerima wang tunai RM8,000.00, Pakej Umrah bernilai RM8,500.00 tajaan Tabung Haji Travel and Services Sdn. Bhd., Pakej buku pengajian bernilai RM1,787.00 sumbangan Galeri Ilmu, Global Zakat Game dan buku Himpunan Fatwa Zakat di Malaysia sumbangan Pusat Pungutan Zakat beserta plak dan sijil. Manakala penerima Anugerah Khas masing-masing menerima RM4,000.00, Pakej buku pengajian bernilai RM1,787.00 sumbangan Galeri Ilmu, Global Zakat Game dan buku Himpunan Fatwa Zakat di Malaysia sumbangan Pusat Pungutan Zakat berserta plak dan sijil. Majlis turut diserikan dengan Acara Persembahan Khas oleh anak-anak cilik daripada SRA Al- Furqan, Putrajaya, KAFA Sekolah Kebangsaan 18 (1), Putrajaya dan Buskers Penguatkuasaan JAWI.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

WhatsApp Image 2022 08 05 at 1.52.03 PM WhatsApp Image 2022 08 05 at 1.52.01 PM
WhatsApp Image 2022 08 05 at 1.52.00 PM WhatsApp Image 2022 08 05 at 1.51.59 PM