PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH MUALAF TAHUN 2022

WhatsApp Image 2022 07 28 at 5.30.40 PM

28 JULAI 2022M | 28 ZULHIJAH 1443H (KHAMIS) - Bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar Kompleks Darul Hidayah, telah berlangsung Program Pembangunan Sahsiah Mualaf anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pelajar Kompleks Darul Hidayah telah menyertai program ini.

Cabaran sebagai seorang mualaf dan seorang muslim baru mengenali Islam adalah sangat besar tambahan di era wujudnya pelbagai budaya menyeleweng, menormalisasi amalan songsang dan kepercayaan ajaran sesat. Oleh itu, objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk membimbing, melatih, memberi perlindungan dan pendidikan kepada mualaf bagi memastikan kelangsungan hidup mereka sebagai seorang muslim sejati.

Motivator Protazz Legacy, al- Fadhil Ustaz Mohd Zul Amirul Izwan bin Mat Deraseh, Ustaz Muhammad Syakirin bin Yuslan dan Ustaz Muhammad Afiq Syazwan bin Ismail telah dijemput untuk mengendalikan program bersama para peserta selama 2 hari. Ternyata program tersebut memberi impak yang sangat positif kepada peserta untuk lebih memahami dan mendalami Islam.

Puan Mahfuzah binti Zohdi, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru turut mengambil kesempatan meluangkan masa bersama peserta pada hari pertama pelaksanaan program. Melihat komitmen yang diberikan oleh peserta, beliau yakin program tersebut dapat memberi pendedahan kepada para peserta dalam usaha untuk membentuk jati diri sebagai seorang mualaf yang memahami ajaran Islam yang sebenar dan mengamalkan dalam kehidupan seharian serta melahirkan saudara baru yang mempunyai pegangan akidah yang teguh.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

WhatsApp Image 2022 07 28 at 5.30.42 PM WhatsApp Image 2022 07 28 at 5.30.38 PM
WhatsApp Image 2022 07 28 at 5.30.39 PM WhatsApp Image 2022 07 28 at 5.30.41 PM
WhatsApp Image 2022 07 28 at 5.30.42 PM 1 WhatsApp Image 2022 07 28 at 5.30.41 PM 1
WhatsApp Image 2022 07 28 at 5.30.42 PM 2 WhatsApp Image 2022 07 28 at 5.30.41 PM 2