PROGRAM ZIARAH RAMAH SIRI 4 DI HOSPITAL TUNKU AZIZAH (HTA)

WhatsApp Image 2022 07 20 at 4.02.44 PM

20 JULAI 2022M | 20 ZULHIJAH 1443H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH ke Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur. Tujuan utama pelaksanaan ziarah adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di HTA. Serahan barangan berbentuk keperluan wad hospital disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, BPD JAWI manakala sumbangan tunai disempurnakan oleh YBrs. Encik Wan Mohamad Amzar Fitri bin Wan Mohd Azlan, Naqib Masjid Bukit Aman Zon 3 mewakili BPM JAWI diiringi oleh YBrs. Puan Siti Maishara binti Bedrul Hisam, Penyelia Pegawai Khidmat Pelanggan HTA. Sumbangan barangan dan wang tunai tersebut telah diserahkan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad Dialisis HTA.

Semoga dengan penganjuran program dan sumbangan yang disampaikan dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit di samping mengeratkan hubungan kolaborasi strategik antara JAWI dan HTA di masa hadapan.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

WhatsApp Image 2022 07 20 at 4.02.44 PM 1 WhatsApp Image 2022 07 20 at 4.02.45 PM