MAJLIS PERJUMPAAN DAN RAMAH MESRA PENGURUSAN BPPK BERSAMA PENGANJUR-PENGANJUR PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Pusat Kursus 1

19 Julai 2022 | 19 Zulhijah 1443H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Pengurusan BPPK bersama Penganjur-penganjur Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran majlis perjumpaan dan ramah mesra ini adalah untuk memperkenalkan pusat-pusat kursus di Wilayah Persekutuan kepada pengurusan baharu BPPK bagi mengukuhkan jalinan kerjasama dalam melaksanakan kursus  praperkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan. Ia juga sebagai inisiatif dan rejuvenasi BPPK dalam memantapkan pengendalian kursus praperkahwinan Islam supaya lebih kemas, tersusun dan sistematik.

Majlis dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk “Meraih Keberkatan” yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hazman bin Hashim, Penolong Pengarah Kanan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan BPPK JAWI. Seterusnya sesi taaruf dan pembentangan ringkas oleh syarikat/pusat kursus meliputi aspek-aspek berikut:

i) lokasi premis/pejabat dan tempat operasi;

ii) kemudahan-kemudahan yang disediakan;

iii) pencapaian tertinggi syarikat; dan

iv) cabaran dalam mengendalikan kursus praperkahwinan Islam.

Majlis telah dihadiri oleh pengurus serta kakitangan daripada 25 syarikat pengendali/Pusat Kursus Praperkahwinan Islam meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Secara amnya, Wilayah Persekutuan mempunyai 20 buah pusat kursus di Kuala Lumpur, tiga buah pusat kursus di Putrajaya dan dua buah pusat kursus di Labuan.

Pusat Kursus 2 Pusat Kursus 3
Pusat Kursus 4 Pusat Kursus 5
Pusat Kursus 6 Pusat Kursus 7
Pusat Kursus 8 Pusat Kursus 9

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan