05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAKLIMAT PENUBUHAN KELAS PENGAJIAN MUALAF DI MASJID-MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN

287792453 437815501495630 1014369040615630845 n

13 JUN 2022M | 13 ZULKAEDAH 1443H (ISNIN) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan taklimat berkaitan penubuhan kelas pengajian mualaf di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan kepada Pengerusi, Setiausaha dan Pegawai Tadbir Agama Zon (PTAZ) 8 masjid terpilih bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan.

Masjid terpilih iaitu Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Al-Imam As-Syafii, Masjid Ar-Rahman, Masjid Usamah, Masjid Al-Muqarrabin, Masjid Al-Imam Al-Ghazal, Masjid Salahuddin Al-Ayubi dan Masjid Mahmoodiah Putrajaya. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Ustaz Che Khalek bin Abdullah turut hadir bersama dalam taklimat ini.

Taklimat disampaikan oleh Puan Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah merangkap Pendaftar Mualaf Wilayah-wilayah Persekutuan yang bertujuan memastikan kelancaran pelaksanaan kelas pengajian mualaf di 8 masjid yang akan bermula pada 5 Julai 2022. Penubuhan kelas ini penting bagi memastikan tiada di kalangan mualaf yang tercicir dan ketinggalan daripada mendapatkan ilmu serta pengetahuan berkaitan Islam.

Semoga dengan penubuhan kelas pengajian ini, fungsi masjid juga dapat disebar luas kepada masyarakat khususnya mualaf yang bermastautin di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

287922181 437815458162301 7129526186936647960 n
287888081 437815391495641 7021822864124850276 n 1
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel