05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KIFA 5 DAN PROGRAM “HEART TO HEART UKM” BERGABUNG MENYANTUNI MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN

288964563 441628804447633 38685806376102861 n

18 JUN 2022M | 18 ZULKAEDAH 1443H (SABTU) - KIFA Siri 5/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jitunya pada hari Sabtu, 18 Jun 2022 bersamaan 18 Zulkaedah1443 Hijri. Uniknya kali ini, kursus ini digabungkan bersama Program ‘HEART TO HEART’ salah satu program Fakulti Pengajian Islam Dakwah Universiti Kebangsaan Malaysia yang diselaras oleh Mahasiswa untuk menyantuni golongan mualaf di dalam dakwah bil hal.

Alhamdulillah, kehadiran seramai 34 peserta mualaf berjaya menarik minat dan respon yang positif dan komitmen yang ditunjukkan amat positif. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah di sebelah pagi melalui Al Fadhil Ustaz Aryf Zaki dan Al Fadhil Ustaz Sabran Jamil sebelah pagi amat baik dan sesi komunikasi 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan.Mahasiswa UKM mengambil ruang dan peluang menjalankan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan sekitar luaran dan dalaman Kompleks Darul Hidayah semasa sesi slot ceramah berjalan.

Sesi amali dan praktikal KIFA diteruskan pada sebelah petang dengan menggabungkan Mahasiswa UKM selaku fasilitator kepada peserta mualaf. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk memahami aspek ibadah yang asas berkaitan wuduk dan solat.
Majlis penutupan ringkas telah dijalankan pada sesi terakhir dengan penyampaian sijil kepada peserta, Cenderamata kepada wakil Mahasiswa UKM dan JAWI serta sesi bergambar bersama urusetia dan juga peserta. Ucapan penghargaan kepada rakan strategik JAWI iaitu Syarikat Ayamas Sdn Bhd dan QSR Brand(KFC) yang memberikan sumbangan berbentuk makanan sepanjang kursus dan program ini berjalan.

Alhamdulillah, diharapkan kursus ini dapat menambah kefahaman dan minat mualaf untuk terus mendalami ilmu-ilmu Fardhu Ain. Jalinan program gunasama seperti ini wajar diterus dan diperluaskan sama ada wakil institusi pengajian mahupun NGO agar dakwah islamiah sentiasa mekar dan berjaya disampaikan khususnya kepada sahabat Mualaf. Kita bertemu pada KIFA Siri 6 dan 7 pada bulan Julai 2022.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

289096992 441628454447668 5862238562386681286 n 288832006 441628727780974 1894972536462612681 n
289230327 441628407781006 2900641341420108331 n 289150323 441628494447664 3889655004971047202 n
          
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel