05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR AMBANG RAMADAN 1443H

WhatsApp Image 2022 03 30 at 9.50.12 AM

29 MAC 2022M | 26 SYAABAN 1443H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Program Seminar Ambang Ramadan 1443H bertempat di Dewan Damar Minyak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Seramai 50 orang peserta terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. Objektif utama program adalah untuk memugar kefahaman kepada peserta mengenai ibadah puasa di bulan Ramadan, amalan-amalan sunat yang dituntut serta isu-isu kontemporari berkaitan puasa. Program dimulakan dengan slot ceramah dan soal jawab berkisar tentang Fiqh Wanita dan Ramadan yang disampaikan oleh Ustazah Nur Aqidah binti Mawardi.

Program kemudiannya diteruskan lagi dengan majlis perasmian oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Encik Mohd Rahim bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi Dan Teknikal) mewakili Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Datin Indera Nor Hashimah binti Hj. Shaari, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Datin Naini Akmal binti Che Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JAWI dan YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Program Seminar Ambang Ramadan ini juga dijayakan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil JAWI, JAWI Food Bank dan PUSPANITA JPSM. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta dan sebagai persediaan awal untuk bertemu Ramadan yang mulia. Ia juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan kerjasama di antara JAWI dengan semua pihak khususnya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
WhatsApp Image 2022 03 30 at 9.50.11 AM 1 WhatsApp Image 2022 03 30 at 9.50.09 AM
WhatsApp Image 2022 03 30 at 9.50.11 AM WhatsApp Image 2022 03 30 at 9.50.13 AM
WhatsApp Image 2022 03 30 at 9.50.09 AM 1 WhatsApp Image 2022 03 30 at 9.50.10 AM        
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel