05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TOWN HALL BERSAMA MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2022

274652863 371433288133852 7438149027192332701 n

25 FEBRUARI 2022M | 23 REJAB 1443H (ISNIN) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) julung kalinya telah menganjurkan Program Town Hall Bersama Mualaf Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Inisiatif ini bertujuan mendekati dan memahami isu serta permasalahan yang sering dihadapi oleh golongan mualaf. Ianya turut menjadi platform perkongsian maklumat seperti prosedur pengislaman, kelas pengajian mualaf, serta isu-isu kebajikan dan bantuan untuk mualaf.

Seramai 230 orang peserta dalam kalangan mualaf berdaftar telah dipilih menyertai program tersebut. Para peserta turut menerima sumbangan zakat tunai bernilai RM 169,000.00 yang disumbangkan oleh pembayar zakat MAIWP serta sumbangan pek barangan makanan daripada QSR Brands dan Nestle.

Sesi Townhall telah dikendalikan oleh Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan. Manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP. Turut hadir Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI mewakili Pengarah JAWI dan Haji Hayazi bin Darus, Ketua Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal, QSR Brands (M) Holdings Bhd. Dalam program ini juga, JAWI telah menerima sumbangan wang wakalah sebanyak RM100, 000.00 (Ringgit Malaysia :Seratus ribu sahaja) daripada QSR Brands (M) Holdings Bhd untuk program - program mualaf.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
274805687 371432994800548 2137673776615327837 n 274618350 371433104800537 6430393055602875732 n
274642947 371433144800533 1408200901725555824 n 274699879 371433074800540 5923647216443245146 n
274705241 371433254800522 4439832241200322662 n 274858455 371433031467211 6353585938245720820 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel