05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TAKLIMAT PERKHIDMATAN DAN PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN FASILITATOR PKKSK BAGI TAHUN 2022-2023

PKKSK 1

3 Februari 2022 (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI melalui Unit Pembangunan Keluarga Islam (PKI) telah mengadakan Majlis Taklimat Perkhidmatan dan Penyerahan Surat Pelantikan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) bagi tahun 2022-2023 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Seramai 40 fasilitator telah dilantik bagi tahun 2022-2023 ini dan dengan pelantikan ini, diharapkan agar semua fasilitator dapat memberi komitmen dalam menjalankan segala tugas dan amanah yang diberikan.Operasi PKKSK telah dibuka di beberapa buah premis seperti UTC Pudu Sentral, UTC Mini Keramat, Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju, Surau al-Iman Presint 9 Putrajaya dan Surau al-Furqan Presint 11 Putrajaya. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah khidmat nasihat kekeluargaan dan sosial serta prosedur Benar Nikah Online melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

Sesi taklimat dan pembentangan berkaitan tugasan dan Garis Panduan Pengurusan Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti JAWI telah disampaikan oleh pegawai penyelaras iaitu Ustaz Mohamad Maliki bin Yaacob. Antara penekanan yang telah diberikan oleh beliau adalah berkaitan pelantikan, tempoh lantikan, tugas dan tanggungjawab fasilitator, etika dan penampilan, pembayaran elaun fasilitator, kadar elaun dan penamatan lantikan.

Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK. Majlis juga turut dihadiri oleh Ustazah Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK dan diakhiri dengan amanat serta penyerahan surat pelantikan fasilitator PKKSK yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada usaha kita untuk memartabatkan perkhidmatan agama di Wilayah Persekutuan khususnya perkhidmatan fasilitator PKKSK yang berdaya saing dan lebih cemerlang lagi berwibawa.

PKKSK 2 PKKSK 2
PKKSK 2 PKKSK 2
PKKSK 2 PKKSK 2
PKKSK 2 PKKSK 2
PKKSK 2

 

Disediakan oleh:

Unit Pembangunan Keluarga Islam,

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel