PROGRAM DISKUSI KEKELUARGAAN

Diskusi 1 1

28 September 2021 (Selasa) – Meningkatkan kefahaman dan kepentingan institusi kekeluargaan Islam khususnya di dalam memainkan peranan mereka ketika berhadapan dengan konflik di dalam keluarga merupakan matlamat utama penganjuran Program Diskusi Kekeluargaan pada kali ini.

Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dengan kerjasama Radio JAWI.

Program yang diadakan pada kali ini secara atas talian melalui aplikasi FB JAWI dan FB Radio JAWI. Seramai 64 orang peserta yang mengikuti program tersebut.

Antara pengisian program ialah penceramah mengupas topik yang bertajuk “Cahaya di Hujung Terowong: Fantasi @ Realiti” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Erfino bin Johari, Pengarah Bimula Management & Consultancy Sdn. Bhd. Program ini juga dikendalikan oleh moderator Radio JAWI iaitu Ustaz Kamal Amir bin Osman dikenali dengan DJ KAAFF.

Semoga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang mendengarnya.

Diskusi 1 2 Diskusi 1 3
Diskusi 1 4 Diskusi 1 5
 
Diskusi 1 6

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan