JAWI DENGAN KERJASAMA PRISMA DAN KLSD BERGANDING BAHU MENGANJURKAN PROGRAM WACANA KEFAHAMAN ISLAMI SEMPENA MAAL HIJRAH 1443H

239968988 4449800011745476 5349168817626566206 n

21 OGOS 2021M | 12 MUHARRAM 1443H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Orang Kurang Upaya (OKU), Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) telah menganjurkan Program Wacana Kefahaman Islami Sempena Maal Hijrah 1443H yang dilaksanakan secara atas talian melalui medium facebook. Ceramah telah disampaikan oleh Haji Aqlam bin Jafri yang bertajuk “Hijrah Dalam Pandemik”.

Program ini berlangsung selama dua jam bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semoga penganjuran program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua para peserta dalam mendepani pandemik Covid-19.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
238877777 4449800288412115 167876918960199161 n 239947935 4449800178412126 422445591547000705 n