KIFA-8 '60 PESERTA MUALAF TIDAK JEMU MENUNTUT ILMU SECARA MAYA’

239532676 4451290044929806 2977396852913636268 n

21 OGOS 2021M | 12 MUHARRAM 1443H (SABTU) - Pada hari Sabtu, 21 Ogos 2021 bermula jam 8.00 pagi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terus menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Siri ke-8 secara atas talian. Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Abuzar bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan dan Pengukuhan Akidah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, turut diikuti oleh Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Selamat Kembali Kepada Fitrah"telah disempurnakan secara santai dan jelas melalui pengkongsian yang dekat dengan hati para peserta oleh Bro Firdaus Wong dari Multiracial Reverted Muslims (MRM). Pelbagai isu berkaitan dunia mualaf telah disentuh dan para peserta memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 8 berhenti seketika pada jam 10:35 pagi bagi memberi kerehatan kepada para peserta.

Pada jam 10:45 pagi pula, ceramah bagi Slot Kedua disampaikan oleh Ustaz Mohd Firdauz Bin Mohd Shurkan dari Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM. Beliau membentangkan tajuk : "Suci dan Solat" pada slot ini. Penceramah menggunakan paparan slaid yang menarik berkaitan dengan tajuk dan peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan. Alhamdulillah, peserta dapat meningkatkan kefahaman dan minat mereka untuk mendalami ilmu-ilmu Fardhu Ain. KIFA Siri 8 pada kali ini ditangguhkan tepat jam 1:20 tengah hari.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
238917645 4451289858263158 1315166630432519680 n 239946588 4451289731596504 8586106160625414357 n
240188866 4451290188263125 5126378350327194220 n 240465778 4451290388263105 3217818270766813552 n
240499453 4451290291596448 7510605027355476258 n 239872399 4451289944929816 7571791301522718169 n