14 April (Sabtu) – Bulan Rejab amat sinonim dengan peristiwa besar yang berlaku dalam ssejarah Islam iaitu Isra’ Wal Mikraj. Hampir kesemua masjid di Zon 2 telah mengambil pendekatan menekuni peristiwa Isra’ Wal Mikraj dengan mengadakan ceramah khas di masjid.
Sesungguhnya peristiwa Isra’ Wal Mekraj bukanlah dongengan malah ianya adalah benar berlaku dalam diri baginda Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini sarat dengan ibrah untuk dihayati. Perjalanan Nabi bermula dari Masjid al-Haram ke Masjid Aqsa membuktikan masjid merupakan wadah hubungan antara Allah SWT dengan makhluknya dan sepanjang perjalanan baginda ditemani oleh Jibril juga membuktikan bahawa teman merupakan kekuatan bagi seseorang. Di antara masjid yang mengadakan ceramah pada malam 27 Rejab termasuklah Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas Masjid al-Hidayah Sentul Pasar, Masjid Amru ibni al-As Bandar Baru Sentul, Masjid Zaid bin Haritsah dan Surau Jumaat Iktisomiah Taman Melati.
Foto dan Teks Disediakan Oleh :
Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
JAWI