Bengkel Pengurusan Cuti


 

17 Disember 2014 (Rabu) – Seramai 18 orang Pembantu Tadbir dari Sekolah Rendah Agama (SRA)  telah mengikuti Bengkel Pengurusan Cuti yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Aras 3 Kompleks Pusat Islam.

 

Tujuan bengkel adalah untuk memantapkan pelaksanaan sistem pengurusan cuti di peringkat SRA. Penyelarasan yang dibuat ialah mengenai pengurusan rekod data cuti, penyediaan pelaporan cuti dan penyelarasan dokumen cuti.

 

Melalui bengkel ini, pengurusan cuti dapat dilaksanakan secara teratur dan seragam di peringkat  Bahagian dan peringkat SRA.