05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:16
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kembara Keinsafan Tunas Muda Zon 2 Tahun 2014

Kembara Keinsafan Tunas Muda Zon 2 Tahun 2014
alt
 
12 Jun 2014 (Khamis) – Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Kariah dengan kerjasama Biro Muslimah Masjid Amru Al As, Bandar Baru Sentul telah menganjurkan program Kembara Keinsafan Tunas Muda Peringkat Zon 2 tahun 2014.
 
Program sehari ini telah dijalankan di dua buah tempat yang telah terpilih iaitu di Rumah Seri Kenangan, Cheras (RSK) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Antara objektif program kembara tersebut adalah memberi kesedaran kepada beliawanis terhadap kepentingan menjaga, menyantuni serta memelihara hubungan yang baik terhadap warga tua, melahirkan golongan muda yang peka dan prihatin serta berkemahiran melakukan kerja-kerja kebajikan, dan memberi “moral support” kepada pesakit dan juga memenuhi tuntutan Islam dengan amalan menziarahi pesakit .
 
50 beliawanis dan 8 orang Biro Muslimah telah didedahkan dengan misi kembara ini. Sesi pagi, kumpulan kembara telah dibahagikan kepada enam kumpulan di Rumah Sri Kenangan (RSK) dengan aktiviti yang dijalankan iaitu sesi  “Sharing Is Caring” bersama para penghuni, sesi Kluster Deco (hiasan dalaman bilik), dan sumbangan kepada para penghuni. Sementara itu, di PPUKM pula, peserta kembara di dedahkan ziarah pesakit di Wad-wad terpilih. Semua peserta berasa bersyukur dan amat berharap pendedahan seperti ini dapat diadakan setiap tahun.

alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah

Cetak   Emel