Kursus Training Of Trainer (TOT) Tahsin al-Quran Guru-guru SRA JAWI

Kursus Training Of Trainer (TOT) Tahsin al-Quran Guru-guru SRA JAWI
 
alt
 
26hb -27hb Mei 2014 (Isnin dan Selasa) - Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Training of Trainer (TOT) Tahsin al-Quran kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam. Kursus ini telah diadakan sebanyak 3 siri bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Siri pertama kursus telah diadakan pada 7 dan 8 April 2014, siri kedua pada 15 dan 16 April 2014 dan siri ketiga pada 26 dan 27 Mei 2014.

Seramai 45 orang guru SRA JAWI khususnya yang mengajar mata pelajaran al-Quran dan Tajwid telah menyertai kursus tersebut. Penceramah kursus adalah Ustaz Zainuddin Bin Abdul Rahman dari Institut Islam Malaysia (ILIM).

Kursus Training Of Trainer (TOT) Tahsin al-Quran ini diadakan bertujuan meningkatkan mutu bacaan al-Quran terutama dalam aspek tarannum dan tajwid dalam kalangan guru SRA JAWI serta memantapkan penguasaan guru untuk menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mata pelajaran al-Quran dan tajwid. Selain itu juga, kursus ini bertujuan melahirkan guru-guru SRA JAWI yang mahir dalam pengajaran khususnya mata pelajaran al-Quran dan Tajwid seterusnya dapat menjadi fasilitator kepada guru lain.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini, dapat menambah baik kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di SRA JAWI dan secara tidak langsung dapat melahirkan murid SRA yang mahir dalam pembacaan al-Quran.
 
alt alt
   
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pelajaran