Hari Keluarga Saudara Muslim Tahun 2014

Hari Keluarga Saudara Muslim Tahun 2014
alt  
8 Jun 2014 (Ahad) – Bertempat di Kompleks Anak-anak Yatim Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2 telah berlangsungnya program Hari Keluarga Saudara Muslim Tahun 2014 anjuran Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
 
Program ini dihadiri oleh saudara muslim yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang bersama ahli keluarga masing-masing. Kehadiran saudara muslim dari JAWI Cawangan Putrajaya juga telah menambahkan keceriaan dan kemeriahan majlis berkenaan. Di samping itu, ahli keluarga yang non-muslim turut sama hadir memeriahkan majlis.
 
Pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi. Acara dimulakan dengan aktiviti senam seni disusuli dengan majlis perasmian pembukaan oleh Pn. Azizah Binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Dalam ucapannya, Pn. Azizah berkata majlis berkenaan diadakan bertujuan untuk jalinan ukhuwwah sesama saudara muslim dan juga dengan warga Jabatan dalam suasana yang muhibbah dan harmoni.
 
Pelbagai acara menarik disediakan, untuk kategori kanak-kanak, dewasa, berpasangan (suami isteri/adik-beradik), keluarga, urusetia dan urusetia lawan peserta. Majlis berakhir pada jam 1.30 petang dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan diselang-selikan dengan acara cabutan pengunjung bertuah.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan
Teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru,
Bahagian Pengurusan Dakwah