Kursus Pengukuhan Team Building Bahagian Pengurusan Kariah 2014

Kursus Pengukuhan Team Building Bahagian Pengurusan Kariah 2014

alt
 
5 hingga 8 Jun 2014 (Khamis hingga Ahad) – Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berkhidmat di masjid telah menghadiri Kursus Pengukuhan Team Building Bahagian Pengurusan Kariah 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur Besut, Terengganu.
 
Pengisian kursus ini menekankan kepada para peserta mengenai konsep kerja secara berpasukan, mengeratkan hubungan silaturahim, saling bantu-membantu sama ada dari segi ilmu dan tenaga, meningkatkan kemahiran komunikasi serta bijak dalam menangani konflik ketika melaksanakan tugas.
 
Antara pengisian ceramah di dalam kursus ini ialah:
i.        Sesi taaruf dan Ice Breaking oleh Ustaz Hazman Bin Hashim, Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga
ii.      Pengurusan Konflik Di Masjid oleh Ustaz Ruslan Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
 
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut turut memberi kerjasama dalam melaksanakan aktiviti fizikal seperti:
i.              Water confidence
ii.            Latihan kemahiran menyelamat secara berpasukan
iii.           Jungle tracking.
 
Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Jaafar Bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah yang mewakili Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto Oleh:
Muhamad Khairul Anwar Bin Misri

Teks Oleh:
Mohd Hilmee bin Umar
Cawangan Pengimarahan & Takmir
Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI