05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Bahagian Pelajaran, JAWI

Lawatan Kerja Bahagian Pelajaran, JAWI
Ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

 
alt
 
29hb  Mei 2014 (Khamis) - Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai  jaringan perhubungan (net working) . Seramai 7 orang pegawai Bahagian Pelajaran, JAWI turut serta dalam lawatan kerja ini. Turut hadir Timbalan Rektor Pengurusan Korporat, Pembangunan dan Pengantarabangsaan iaitu Dr. Zulkifli Bin Hj. Abd Hamid, Dekan Fakulti Pendidikan iaitu Pn. Suhana Bt. Mohamed Lip serta 5 orang pegawai dari KUIS.

Lawatan kerja ini diadakan bertujuan membincangkan penyelarasan penajaan kepada guru-guru SRA JAWI yang mengikuti Kursus Diploma Pendidikan Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Selain itu juga, lawatan ini bertujuan membincangkan hal ehwal semasa pelajar ketika mengikuti pengajian dan juga semasa dalam menjalani latihan mengajar atau praktikum di sekolah.
Diharapkan dengan mekanisme ini, dapat menambah baik kerjasama dan hubungan dua hala antara JAWI dan KUIS dan secara tidak langsung dapat melahirkan guru SRA JAWI yang berkualiti.
 
alt alt
   
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pelajaran

Cetak   Emel