Simposium Kepimpinan Dan Fiqh Wanita Peringkat Wilayah Persekutuan

Simposium Kepimpinan Dan Fiqh Wanita Peringkat Wilayah Persekutuan
alt
 
22 Mei 2014 (KHAMIS) Pusat Pentadbiran Zon 2 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Simposium Kepimpinan Dan Fiqh Wanita Peringkat Wilayah Persekutuan 2014. Majlis ilmu FIQH WANITA yang julung-julung kali di adakan ini telah berlangsung selama sehari yang telah menghimpunkan kepimpinan wanita dari pelbagai institusi, masjid ,surau organisasi dan juga NGO -NGO. Program tersebut  telah berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Che Hussien Bin Isa,Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ).

Program ini dilaksanakan dalam bentuk Pembentangan Kertas Kerja dan telah berjaya mengupas isu-isu kewanitaan dan kepimpinan masa kini. Sesi Pembentangan Kertas Kerja telah disampaikan oleh 3 orang penceramah jemputan iaitu :
Sessi 1 : " Wanita dan Kepimpinan Menurut Perspekstif Islam : Analisis Isu Semasa " oleh Ustazah Isfadiah Binti Mohd Dasuki, Penasihat Syariah  dan Pengarah Sekolah Brainy Bunch.
Sesi 2 : " Hukum Hakam Fiqh Wanita : Permasalahan dan Kekeliruan Masa Kini " oleh Ustazah Asmak Binti Husin Pensyarah Universiti Teknologi MARA 
Sessi 3 : " Aurat Muslimah : Antara Perintah, Maruah Dan Darurat " oleh Ustazah Dr Nadzhirah Binti Mohamad , Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Di antara objektif program ialah :-
1. Memupuk sikap kepimpinan serta medan percambahan dan perkongsian ilmu di kalangan wanita
2. Memberi kesedaran kepada para wanita masa kini berhubung penyelesaian masalah kewanitaan menurut syarak
3. Menjadi platform kepada para wanita memperolehi ilmu fiqh kewanitaan dan medan merapatkan ukhuwwah sesama muslimah di Wilayah Persekutuan.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan