05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Ibu Hamil Tahun 2014

Seminar Ibu Hamil Tahun 2014
alt
 
21 MEI 2014 (RABU )Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga ( BPPK ) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Seminar Ibu Hamil tahun 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman (BAKA ) ,Masjid Bukit Aman dan Lembaga penduduk dan pembangunan Keluarga Negara (LPPKN ) .

Di antara pengisian program tersebut ialah Slot Ceramah 1 oleh Ybhg Ustaz Harrryanto Rizal Bin Rokman Personaliti TV dan Pendakwah Bebas dengan tajuk " Amalan menyambut kelahiran ,Antara Sunnah dan Larangan ". Bagi Slot Ceramah 2 disampaikan oleh Ybhg Dr.Noor Suhaila Binti Abu Bakar Pegawai Perubatan O & G Hospital Kuala Lumpur dengan tajuk " Penjagaan Ibu Hamil dan selepas kelahiran dari Perspektif Perubatan Moden ".

Di antara Objektif Seminar tersebut ialah :-

1. Memberi kefahaman dan penghayatan mendalam kepada peserta berhubung peranan dan kewajipan suami isteri dalam membina dan melahirkan zuriat yang cemerlang bermula dari awal perkahwinan.

2. Memberi penjelasan kepada pasangan suami isteri berkaitan proses-proses kelahiran dari sudut perubatan terkini.

3. Memberikan penjelasan kepada pasangan suami isteri tentang persediaan dan persiapan yang perlu bagi menimang cahaya mata.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan

Cetak   Emel