05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Pelancongan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan 2014 dengan fokus tema " Tourism is Dakwah"

Seminar Pelancongan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan 2014 Dengan Fokus Tema
"Tourism is Dakwah"
alt
 
17&18 Mei 2014 (Sabtu & Ahad) - Mengambil inisiatif daripada sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) & Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur telah menganjurkan Seminar Pelancongan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan 2014 dengan fokus tema "Tourism is Dakwah".

Antara topik yang menjadi tumpuan para peserta ialah "Dakwah melalui pelancongan masjid", "sejarah senibina Masjid Jamek", "Sukarelawan-Amalan Sunnah yang dilupai", "Sejarah Kuala Lumpur melalui Bangunannya" serta slot istimewa "sesi perkongsian: Dakwah melalui pelancongan masjid-kesannya".

Kehadiran peserta terdiri daripada mahasiswa IPTA, pengkaji sejarah, pendakwah dan sukarelawan masjid, pemandu-pemandu pelancong, para pelancong dan orang ramai.

Majlis Perasmian Seminar telah diserikan dengan kehadiran Dr. Peter Barbor dari London, cucu kepada arkitek asal masjid iaitu Brid. General Arthur Benison Hubback. Hadir bersama dalam majlis yang bersejarah ini adalah Y.Bhg. Dato' Hajeedar, arkitek yang melukis pelan Masjid Jamek pada tahun 1979. Majlis yang penuh nostalgia ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP.

Istimewa bersempena program seminar ini, sebuah pameran mini galeri Masiid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur telah disediaken untuk tatapan umum yang memamerkan sejarah dan senibina Masjid Jamek serta informasi Islam. Sebuah lukisan koleksi peribadi Dr. Peter Barbor daripada mendiang A.B.Huback yang menggambarkan suasana Masjid Jamek dan masyarakat muslim pada tahun 1910 telah dihadiahkan oleh beliau kepada JAWI dan dipamerkan di da1am Galeri tersebut. Mini Galeri Masjid Jamek akan berlangsung selama sebulan bermula 17 Mei sehingga 17 Jun 2014, beroperasi setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang kecuali hari Jumaat, masuk adalah percuma.

Program ini telah mendapat sokongan dan kerjasama pelbagai agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Islamic Tourism Centre, OCBC Al-Amin Bank Berhad, Syarikat PRASARANA Negara Berhad ,Islamic Outreach AB1M Centre,Pertubuhan Arkitek Malaysia dan pelbagai Badan kerajaan & bukan kerajaan.

Program ini akan berakhir dengan Lawatan ke bangunan-bangunan Hubback pada 14 Jun 2014.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan

Cetak   Emel