05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan Bertema Pengurusan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (Sra)

 

Pemantauan Bertema Pengurusan Sekolah Rendah Agama
alt
 
20 dan 21 Mei 2014 (Selasa dan Rabu) - Bahagain Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Pemantauan Bertema Pengurusan Kurikulum SRA, JAWI di Sekolah Rendah Agama As-Syakirin, Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Pemantauan Bertema Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Agama Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras , Kuala Lumpur. Pemantau ini merupakan program turun padang JAWI ke setiap sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seramai 10 orang pegawai JAWI turut serta dalam  pemantauan tersebut
 
Pemantauan Bertema Pengurusan Kurikulum bertujuan bagi memeriksa pelaksanaan perkara berkaitan pengurusan kurikulum SRA JAWI, pengurusan panitia mata pelajaran, perancangan program peningkatan pendidikan pengajaran dan pembelajaran murid serta memastikan SRA melaksanakan semua dasar dan program pendidikan SRA dipatuhi dan dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah dikeluarkan oleh JAWI.
 
Manakala Pemantauan Bertema Pengurusan Hal Ehwal Murid bertujuan bagi memeriksa pelaksanaan perkara berkaitan pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) SRA JAWI, pengurusan disiplin, pengurusan bimbingan dan kaunseling, kebajikan, kesihatan dan keselamatan, perancangan program peningkatan sahsiah murid.
 
Dengan adanya mekanisme ini, JAWI mengharapkan setiap pengurusan di SRA JAWI sentiasa mempertingkatkan kualiti terutama dalam usaha mendidik murid-murid dalam bidang pembelajaran.

alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Cetak   Emel