05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Modul Kurikulum Hadis SRA JAWI

 
Bengkel Modul Kurikulum Hadis SRA JAWI
alt
 
7 Mei 2014 (Rabu) – Bagi melahirkan Generasi yang disebut oleh Syed Qutb sebagai Jilun Quraniyun Farid sudah pasti memastikan sumber iaitu al-Quran dan Hadis dijadikan sebagai sumber rujukan utama. Bagi mengorak langkah menuju kepada kemenjadian generasi tersebut, maka  Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada hari ini, telah mengadakan Bengkel Modul Kurikulum Hadis untuk SRA JAWI. Bengkel telah diadakan di Dewan Syura Perdana , JAWI.
 
Tujuan modul kurikulum ini ialah memupuk kefahaman serta menyemai rasa cintai terhadap Rasulullah dari peringkat kanak-kanak lagi. Melalui kaedah menghafal hadis-hadis pendek dan menjelaskan keindahan nilai murni, ia mampu menjana generasi yang berakhlak mulia.
 
Bengkel modul ini telah disertai oleh Dr. Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri dari USIM, Dr Muhammad Furqan bin Dr Muhammad Jamil Fifani dari Darul Fikr dan Encik Mohd Salahuddin bin Dato’ Mohamed dari DBP, turut hadir pegawai Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan pegawai JAWI.
 
Diharapkan dengan adanya inisiatif ini, JAWI menjadi pelopor bagi pengajian hadis di peringkat sekolah rendah agama.  

alt alt
alt  

Foto & Teks oleh:
Bahagian Pelajaran, JAWI
 

 


Cetak   Emel