05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Penyerahan Kunci Sra Abu Dzar Al-Ghifari

Majlis Penyerahan Kunci Sra Abu Dzar Al-Ghifari
alt
 
9 Mei 2014 (Jumaat) – Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Kunci Sekolah Rendah Agama Islam Abu Dzar al-Ghifari bertempat di Taman Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.
 
Bangunan SRA baru dua blok empat tingkat ini dibina melalui peruntukan MAIWP bermula tahun 2010. Sekolah ini mempunyai 24 buah kelas yang mampu menampung seramai 840 orang murid. Dijangka pada 14hb Mei 2014 sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya.
 
Majlis penyerahan kunci sekolah ini telah dilakukan oleh Y.Bhg Tuan Hj Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP kepada Pengarah JAWI, Y.Bhg Tuan Hj Paimuzi bin Yahya. Turut hadir KPP Bahagian Pelajaran, Puan Hjh Khatijah binti Abd Rahman, pegawai dan kakitangan MAIWP , JAWI serta pasukan kontraktor bangunan.
 
Dengan tersergamnya bangunan yang indah ini diharap mampu meningkat perkhidmatan JAWI dalam usaha mendidik anak bangsa dalam skop pendidikan agama.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pelajaran
 

Cetak   Emel