05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pengukuhan Aqidah bersama Masyarakat Setempat

 

Program Pengukuhan Aqidah Bersama Masyarakat Setempat
alt

3 Mei 2014M/ 3 Rejab 1435H (Sabtu)Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah Program Gerak Tumpuan (PGT) kawasan Setapak telah mengadakan Program Pengukuhan Aqidah bersama Masyarakat Setempat bertempat di Dewan Masyarakat Kawasan 9, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Program yang bermula pada jam 8.30 malam ini dihadiri lebih 100 orang penduduk setempat. Ia bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang asas Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta ajaran-ajaran yang bertentangan dengannya dan memberi pendedahan tentang isu semasa berkaitan penyelewengan aqidah yang berlaku di Malaysia.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Ibrahim Dollah, Pengerusi Peringkat 4 (Cawangan Taman  Melati). Seterusnya ucapan perasmian telah disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Dr Hj Mohd Syafie B Abdullah selaku Ketua Umno Cawangan Wangsa Maju. Turut hadir Y.Bhg Ustazah Nor Dalilah Bt Zakaria, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Pengisian utama program ini adalah ceramah yang bertajuk "Murninya Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd Mustakim B Mahamood@Fauzi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 
 
Semoga program sebegini dapat mencetuskan kesedaran tentang pentingnya memahami, mempelajari dan mendalami Aqidah Islam yang hakiki dalam memperkukuh Islam dan Iman para muslim dan mukmin yang sejati.

alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 

Cetak   Emel