05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Pemantapan Keluarga Saudara Muslim Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya

Seminar Pemantapan Keluarga Saudara Muslim Peringkat Wilayah Persekutuan  Putrajaya
alt
 
26 April 2014 (Sabtu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Seminar Pemantapan Keluarga Saudara Muslim Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya bertempat di Surau Al-Husna Fasa 12, Presint 9, Putrajaya .

Seminar yang dihadiri oleh 30 peserta yang terdiri daripada saudara Muslim yang berdaftar di JAWI Cawangan Putrajaya ini ternyata mendapat sambutan menggalakkan sehingga ada permintaan supaya dianjurkan lagi seminar ini untuk siri berikutnya. Seminar ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan  pendedahan  kepada saudara Muslim mengenai peranan  institusi kekeluargaan berlandaskan Islam yang sebenar supaya  dapat diamalkan dalam kehidupan.

Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan individu dan masyarakat dan kemajuan sesebuah negara lebih-lebih lagi dengan adanya penerapan nilai-nilai murni dan ajaran Islam dalam keluarga tersebut.  Selaras dengan matlamat yang ingin dicapai, Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Unit Pengurusan Dakwah, JAWI Cawangan Putrajaya 
menganjurkan Seminar Pemantapan Keluarga Saudara Muslim yang bertempat di Surau Al-Husna Fasa 12, Presint 9, Putrajaya. 

Slot 1 : Kebahagiaan Yang Dicari telah disampaikan oleh YBhg. Us. Ismail Hashim bin Junaidi, Penolong Pengarah Kanan, Penjara Kajang, Jabatan Penjara Malaysia manakala slot kedua yang bertajuk : Indahnya Jalan Ke Syurga disampaikan oleh Us. Abdullah bin Hashim, Ketua Imam Masjid Asy-Syafie Kuala Lumpur.
 
alt alt alt
alt alt alt

Foto dan teks oleh:
Sahrin Bin Salleh
JAWI Cawangan Putrajaya

 

Cetak   Emel