Lawatan Audit Pensijilan 5S (JAWI) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Lawatan Audit Pensijilan 5S (JAWI) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
alt
 
29 APRIL 2014, KUALA LUMPURJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima lawatan Audit Pensijilan Amalan 5S daripada wakil juruaudit Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), di ibu pejabat JAWI, di sini, hari ini.

Lawatan yang disertai oleh wakil juruaudit MPC iaitu Tuan Haji Kamaruddin Bin Mamat dan Encik Muhammad Bin Omar itu diadakan bagi tujuan pengiktirafan pensijilan amalan 5S di JAWI buat kali pertama.

Terdahulu, sesi tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI yang juga merupakan Penasihat Amalan 5S JAWI. Majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan amalan 5S di JAWI oleh Encik Mahyudin Bin Sulaiman, selaku Penyelaras Jawatankuasa Induk Amalan 5S JAWI.

Juruaudit terbabit memulakan audit di lapan zon yang terlibat dengan amalan 5S di JAWI sebelum menyemak fail-fail jawatankuasa dan juga fail-fail zon. Antara zon-zon yang diaudit adalah Zon Ibnu Hajar Al-Asqalani (Bahagian Khidmat Pengurusan), Zon Ibnu Arabi (Bahagian Pengurusan Dakwah), Zon At-Tabrani (Bahagian Pendakwaan), Zon Ibnu Rusyd (Bahagian Penyelidikan), Zon Al-Zamakhsyari (Bahagian Pembangunan), Zon Al-Khawarizmi (Bahagian Penguatkuasaan), Zon Ibnu Sina (Bahagian Pengurusan Kariah) dan Zon Ibnu Khaldun (Bahagian Pelajaran).

Pada sebelah petang, kedua-dua juruaudit terbabit membuat ucapan penggulungan dan memberikan komen hasil dari auditan mereka. Secara keseluruhannya, juruaudit mendapati pelaksanaan amalan 5S di JAWI berada pada tahap yang amat memuaskan dan bersetuju bahawa pihak JAWI telah berjaya memenuhi keperluan skop pensijilan amalan 5S. Mereka juga turut mengesyorkan agar JAWI diberikan pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.
 
Sekalung tahniah dan ucapan penghargaan kepada seluruh warga JAWI di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan amalan 5S. Semoga usaha yang murni ini dapat diteruskan bagi mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan