05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Fiqh 2014 Diskusi Darah Wanita

Seminar Fiqh 2014 Diskusi Darah Wanita
alt
 
23 April 2014M/ 23 Jamadilakhir 1435HSecara semulajadi wanita mengalami empat proses pendarahan melalui faraj iaitu darah haid, wiladah, nifas dan istihadhah. Keempat-empat jenis darah ini perlu difahami dengan sebaik mungkin kerana ia melibatkan soal sah, batal serta wajib dan haram dalam melakukan ibadah. Atas dasar kepentingan tersebut, Bahagian Pengurusan Dakwah bersama Masjid Negara Kuala Lumpur menganjurkan SEMINAR FIQH 2014: DISKUSI DARAH WANITA bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Program sehari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila dihadiri lebih 250 peserta dari pelbagai agensi Kerajaan, Swasta, NGO, IPT dan masyarakat awam. Program bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai Darah Wanita dalam mengenali jenis dan sifat setiap satunya serta implikasinya terhadap ibadah dan kesihatan menurut perspektif Islam. 

Slot 1 "Pengenalan DARAH WANITA" telah disampaikan oleh Y.Bhg Dr Anisah Abdul Ghani, mantan Pensyarah Universiti Malaya dan penulis buku "Darah Wanita". Slot  ke 2 "Larangan & Amalan ketika Haid & Nifas" dijelaskan dengan terperinci oleh Y.Bhg Ustazah Nourul Iman Bt Syekh Nia'mat (Pendakwah Bebas/ Panelis Tanyalah Ustazah). Manakala slot terakhir disampaikan oleh Y. Bhg Ustazah Asmak Bt Husin, Pensyarah dari UITM Shah Alam berkenaan tajuk "Isu-Isu Kesihatan Wanita Kontemporari dari Perspektif Islam".
                      
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI
 
 

Cetak   Emel