SIRI KURSUS PENGKAEDAHAN TULISAN JAWI (ASAS DAN LANJUTAN) GURU KAFA JAWI 2014

alt


Unit Pengurusan HEM dan Pentadbiran Sekolah, Bahagian Pelajaran, JAWI telah mengadakan dua siri Kursus Pengkaedahan Tulisan Jawi (Asas dan Lanjutan) bagi Guru-Guru Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) bagi tahun ini. Siri pertama telah diadakan pada 7 dan 8 April 2014, diadakan di Bilik Aktiviti bahagian Pelajaran. Manakala siri kedua telah diadakan pada 14 dan 15 April 2014 bertempat di Dewan Seminar, Masjid Wilayah Persekutuan. Seramai 74 orang guru terlibat dalam dua siri kursus tersebut.
 
Objektif program ialah  untuk melahirkan guru-guru KAFA yang berkemahiran dan professional standing dengan guru-guru yang berskim, disamping juga bertujuan untuk melahirkan sekumpulan guru-guru pakar yang akan menjadi rujukan dan juru latih khusunya dalam Tulisan Jawi. Ianya juga adalah untuk memudahkan guru-guru membuat persediaan sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran mengajar dan mengendalikan kelas dengan lebih berkesan dalam kalangan guru-guru JAWI.
 
Kursus ini telah mendapat kerjasama yang erat dengan Bahagian Pembinaan Bahasa dan Kepakaran, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pihak DBP telah menyumbangkan tenaga penceramah iaitu Tuan haji Azman bin Ahmad, bahan-bahan kursus dan sijil kursus. Ini adalah sebagai satu langkah Strategi Merentas lautan Biru (Blue Ocean Strategy) antara Bahagian Pelajaran, JAWI dan DBP dalam usaha memantapkan pedagogi guru-guru KAFA dan memartabatkan keunggulan tulisan JAWI khususnya di Wilayah Persekutuan.


alt alt
alt alt
alt alt




Foto dan teks oleh:
Unit Pengurusan HEM dan Pentadbiran Sekolah
Bahagian Pelajaran