05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A Tahun 1435H/2014M
 alt
 
20 Mac 2014 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A 1435H/2014M selama dua hari berturut-turut bertempat di Dewan Masjid Al-Imam Ghazali Bandar Menjalara Kepong, Kuala Lumpur.
 
Seramai 17 Peserta dari Zon A iaitu daripada Zon 1, Zon 2 dan Zon 4 sekitar Wilayah Persekutuan telah memperdengarkan bacaan Al-Quran masing-masing pada 20 Mac 2014 (Khamis). Pada Hari Jumaat, 21 Mac 2014 telah diadakan majlis penyampai hadiah kepada Qari dan Qariah.
 
Seramai tiga peserta Qari dan tiga peserta Qariah yang berjaya akan menyertai Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pada 11 April 2014 (Jumaat) yang akan berlangsung bertempat di Masjid Wilayah, Jalan Duta. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Kamaruddin Bin Haji Ambok, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
 
Turut hadir, YBhg. Che Husain Bin Isa (Timbalan Pengarah Operasi JAWI), YBhg. Dato' Hj. Alang Zari Bin Ishak (Pengerusi Masjid Al-Imam Al-Ghazali Bandar Menjalara, Kepong).
 
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon B pula akan diadakan pada 27-28 Mac 2014 bertempat di Masjid Al-Muqorrobin, Cheras Kuala Lumpur.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan