05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Free Market Masjid Al-Ghufran
alt
 
16 Februari 2014 (Ahad) – Satu program kemasyarakatan telah dianjurkan oleh komuniti Masjid Al-Ghufran. Program yang dikenali sebagai Free Market tersebut adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama Islam tanpa mengira latar belakang.
 
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi itu membolehkan pengunjung untuk mengambil dan memberi apa sahaja barang-barang yang dihajati, contoh barangan yang terdapat di majlis tersebut adalah pakaian, peralatan komputer, eksesori wanita, bahan bacaan dan sebagainya.
 
Pihak media telah dijemput untuk memberi liputan berkenaan program tersebut supaya dapat dijadikan contoh kepada mana-mana masjid atau individu yang berhajat untuk mengadakan program yang seumpamanya. Pengerusi Masjid Al-Ghufran Datuk Haji Hassanuddin Bin Ali memberitahu program tersebut akan diteruskan di masa akan datang kerana telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun pertama kali diadakan.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Masjid Al-Ghufran