05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA KE JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

LAWATAN KERJA KE JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

alt

18 Februari 2014 (Selasa)Bahagian Pelajaran, JAWI telah membuat lawatan ke Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Seramai 10 orang delegasi JAWI  terdiri dari ketua-ketua unit di bahagian telah menyertai program tersebut.  
 
Program lawatan ini adalah sebahagian dari usaha meningkatkan hubungan antara agensi iaitu JAWI dan JAIS, selain itu, ia merupakan satu medan bertukar informasi antara agensi terutama dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan Islam.
 
Isu pendidikan Islam yang dapat dikongsikan ialah mengenai pendekatan IEH (Islamic Integrated Holistik). Ia merupakan hala tuju pendidikan Islam dalam usaha menggabungjalin kurikulum agama dengan akademik bagi memastikan kesepaduan pendidikan Islam secara menyeluruh.
 
Program ini amat bermakna kepada kedua-dua pihak dalam usaha mencari kaedah terbaik demi memartabatkan pendidikan Islam. Sesungguhnya untuk membina sebuah tamadun, ia bermula dengan pembinaan generasi. Generasi yang baik ialah generasi yang berilmu. 





Foto dan teks oleh:
Unit Perancangan Akademik
Bahagian Pelajaran
 

 


Cetak   Emel