05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Delegasi Daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Berang, Hulu Terengganu Ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah KL-KARAK
alt

21 Februari 2014 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima lawatan delegasi daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Berang, Hulu Terengganu Ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah KL-KARAK bertempat di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.
 
Seramai 60 ahli delegasi hadir yang diketuai oleh YB Dato’ Haji Tengku Putera Bin Tengku Awang (ADUN Kuala Berang), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Terengganu serta Pengerusi-pengerusi Masjid Kawasan Dun Kuala Berang. Lawatan diadakan bagi mendapatkan maklumat mengenai pengurusan Tanah Perkuburan Islam, Raudhatul Sakinah KL-KARAK.
 
Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Musa Bin Ranli (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan), YBhg. Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh (Ketua Penolong Pengarah, Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan) dan YBhg. Dato’ Haji Wan Mohd Bin Wan Ibrahim (Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang, Hulu Terengganu).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria