Maklum Balas JAWI Berhubung Kes Kassim Ahmad
Pengarah JAWI, YBhg. Haji Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan hari ini berkata Bahagian Penguatkuasa JAWI telah membuka kertas siasatan dan sedang mengenalpasti saksi yang menghadiri seminar berkenaan. Beliau menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menanganinya. Orang ramai juga dinasihatkan supaya menghentikan sebarang provokasi bagi mengelakkan sebarang ketidakharmonian. Dalam pada itu, beliau juga turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI bagi membantu siasatan. Pada Ahad lepas, Kassim dilaporkan mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. tidak perlu dimuliakan, serta rambut wanita bukan aurat. Teks oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan |
Jumlah paparan: 4203