05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Wacana Pendidikan HIV & Islam

alt

16 Februari 2014M/ 16 rabi'ulakhir 1435H (Ahad) - 
 
"Setelah saya memberitahu kedua ibu bapa saya yang saya telah dijangkiti HIV positif, ibu nampak redha namun bapa seolah tidak boleh menerima. Saya terpaksa makan berasingan malah tidak dibenarkan berkongsi pinggan mangkuk dengan ahli keluarga lain." Itu antara luahan rasa salah seorang PLHIV (People Living with HIV) dalam Program Wacana Pendidikan HIV & Islam anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI bersama Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) dan Masjid Jamek Kuala Lumpur bertempat di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur.

Program sehari ini dihadiri lebih 50 orang terdiri daripada ahli dan sukarelawan PAFI dan masyarakat awam bertujuan memberi penerangan terhadap isu yang berkaitan dengan HIV dan apakah perspektif Islam terhadap isu-isu yang berkaitan dengannya. Slot 1 - HIV 101 dimulakan oleh Saudara Rafi dan Saudara Hamli. Definisi AIDS dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil dierangkan satu persatu. Ia termasuklah: A (Abstinence- tidak buat langsung aktiviti yang berisiko), B (Be Faithful - setia pada pasangan), C (Correct use of condoms & needles- penggunaan kondom & jarum yang betul), D (Do not do drugs & alcohol- jangan ambil dadah dan alkohol) dan E (Education- Pendidikan/Pengetahuan). Tayangan Filem Pendek "HIV-Hidup itu Versataliti" disajikan sebelum sesi ke 2: HIV & Islam -Mendepani Stigma & Diskriminasi disampaikan oleh Saudara Mahfurizal Ameerlatfi. Beliau menjelaskan kitar hidup virus HIV dan beberapa cabaran yang dihadapi PLHIV. Sesi ketiga diteruskan dengan Sharing Moment yang begitu menyentuh emosi oleh 3 orang PLHIV. Masing-masing berkongsi kisah hidup bagaimana mula dijangkiti virus tersebut, stigma dan diskriminasi sepanjang melalui hidup sebagai seorang pembawa dan bagaimana mereka kembali bangkit menjalani hidup dengan postif dan redha dengan ketentuan Allah SWT. Sesi petang diakhiri dengan ceramah berkaitan HIV & Islam: Islam sebagai Penyelesaian oleh Y.Bhg Ustaz  Hanafiah Abdul Malek (Pendakwah Bebas/ Aktivitis NGO). 
 
Program sebegini diharapkan dapat sedikit sebanyak memberi kefahaman yang jelas dan kesedaran terhadap masyarakat awam tentang segala permasalahan berkaitan HIV dan AIDS lalu pada masa yang sama dapat memperbetulkan segala bentuk stigma dan diskriminasi. Namun memetik kata-kata salah seorang PLHIV:
"Sebelum kami memohon orang lain menerima kami, kami terlebih dahulu perlu menerima diri kami sendiri".
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)