Surah Ali'Imran : Ayat 14

Surah Ali'Imran : Ayat 14

aliimran14

 

Maksudnya : " Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia : kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan ank-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)."

 

Intisari

Antara kesenangan dunia yang dikurniakan Allah kepada manusia ialah kesukaan kepada perkara-perkara yang diingini, iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda emas dan perak, kuda peliharaan yang terlatih, binatang-binatang ternak dan kebun-kebun tanaman. Semua itu perhiasan hidup yang begitu indah dan terhibur, tetapi ingatlah, kebahagian yang sebenar ialah di syurga iaitu di alam akhirat yang kekal abadi.

 

Sumber: Mutiara Al-Quran, Siri 3 Malay, English dan Arabic.

Terbitan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 


Cetak   Emel